Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

March 31, 2011

Sabar didik isteri tutup aurat

Salam semua blogger..

Setelah sekian lama aku tidak update dan memperbaharui entri di blog ini, kini aku mula kembali untuk membersihkan semula blog ni.Hehehe..Maklumlah sibuk sangat. Sebelum tu asyik sibuk update untuk blog aku yang INI. Susah jugak ada dua blog gini. Takpe, aku akan cuba balance kan kedua-dua blog ni. InsyaAllah. :)

Ok, entri terbaru untuk blog ini adalah mengenai cara didik isteri. Apakah suami2 di luar sana mengetahui cara yang betol untuk mendidik seorang isteri? Adakah cara didik seorang isteri itu seperti mendidik seorang anak? Baiklah, mari kita sama2 baca sedikit maklumat yang aku jumpa ini.

Ini adalah gambar hiasan sahaja

Sebelum tu, APAKAH hukum isteri yang ingkar perintah Allah dan suami?

Walaupun ditegur dan diminta berubah, isteri masih tidak berubah. Perintah Allah supaya memakai tudung tidak dipedulikan, malah isteri berpakaian seperti remaja apabila keluar rumah.

Apakah hukumnya membiarkan isteri melanggar perintah Allah walaupun diingatkan berulang kali? Adakah perceraian jalan terbaik?
Suami wajib membimbing isteri ke jalan Allah tetapi tugas membimbing bukan mudah kerana ia memerlukan kesabaran. Perceraian adalah jalan terakhir apabila semua usaha menemukan jalan buntu. Namun ia tidak seharusnya dijadikan ‘senjata’ hanya kerana isteri ingkar menutup aurat.

Memujuk adalah jalan terbaik untuk membimbing wanita kerana Rasulullah berpesan bahawa wanita itu seperti tulang rusuk yang bengkok, kekerasan hanya akan mematahkannya tetapi lurut dengan baik dan lembut.

Banyaklah berdoa dan selalu nyatakan keinginan untuk melihat isteri taat pada perintah-Nya.

Allah membuat perumpamaan sabarnya Nabi Noh dan Nabi Lut mendidik isteri bertahun-tahun lamanya tanpa gopoh untuk menceraikan mereka. - Metro

Jadi, pada suami2 di luar sana..perlulah didik isteri anda betol2 dan ikut "prosedur" Islam..InsyaAllah boleh. Tapi itu pun bergantung pada sikap dan perangai seorang suami. Ini kerana seorang suami itu merupakan ketua dalam sesebuah keluarga. Jika suami mempunyai sikap yang tidak elok, apatah lagi sikap isteri dan anak2...Itu yang biasa kita dengarlah. Hurmmm..Sama2 lah kita fikirkan.~ 

February 18, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

February 17, 2011

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Salam semua blogger..hari ini aku ingin kongsikan satu cerita dengan korang..hope dapatlah kita sama2 amek pengajaran daripada cerita ini.

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

February 15, 2011

Saat-Saat Kematian Rasulullah S.A.W..

Salam semua..hari ini aku ingin berkongsi lagi dengan korang mengenai Rasulullah S.A.W. sempena Maulidur Rasul..Malam ini..aku sangat sedih dan syahdu mendengar ceramah daripada Datuk Noh Gadut mengenai Rasulullah S.A.W. dalam rancangan Raudhah TV9 iaitu rancangan penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di TV9.Baiklah..berbalik pada ceramah daripada Datuk Noh Gadut tadi..aku sangat syahdu..huhu..sedih..sebak didada..walaupun sudah acap kali dibacakan saat-saat ajal Rasulullah...dan acap kali jugalah aku menangis kesyahduan...mengenangkan nasib...insan yang kerdil dan hina ini..Ya Allah...marilah kita baca sama2 sekali lagi kisahnya..

February 14, 2011

Sempena Maulidur Rasul Yang Bakal Tiba Esok

Sempena Maulidur Rasul Kali ini iaitu pada hari esok, disini saya ingin kongsikan sedikit cerita tentang keistimewaan Rasulullah S.A.W dan keistimewaan Kekasih Allah, Nabi Junjungan dan juga Manusia pilihan.

Mengenai ceritanya adalah:

Sewaktu Malaikat Jibril mendatanginya dan menyuruh Rasulullah S.A.W “bacalah dengan menyebut Nama TuhanMu”

February 11, 2011

Khutbah Jumaat Hari Ini - Valentine Day's Haram!

Assalamualaikum semua blogger sekalian..hari ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang Hari Valentine Day yang telah didengari dari khutbah Jumaat hari ini. Ok lah..sebelum tu..saya ingin tanya anda semua, betul2 ker ia kasih sayang belaka?? Ini adalah ringkasan khutbah Jumaat yang telah diringkaskan.

Bismillahirahmanirrahim...
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am:116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun

February 10, 2011

Mengenali dan Mengetahui Siapa Pencipta Seluruh Alam ini..

Kita perlu tahu apa yang kita sepatutnya tahu dalam fikiran dan dalam hati kita ini. Kita wajib mengetahui
sifat-sifat Allah. Iaitu sifat yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Ya..saya tahu..ramai yang telah tahu dan mengenalnya..tapi kita kadang2 lupa perkara2 seperti ini. Malah ada yang lalai..jika dulu2 , masa kecil kita semua belajar sifat2 Allah ini disekolah agama rakyat atau pun sekolah biasa. Tapi bila meningkat semakin dewasa kita semakin lupa tentang ini. Hari ini saya ingin kongsikan dan ingatkan kembali Sifat2 Allah. Sifat-sifat Allah adalah:-

February 9, 2011

Seorang sahabat bertemu Malaikat..Betol ker?

Assalamualaikum semua, hari saya ingin kongsikan satu cerita bersama anda semua..kisah ini mengenai seorang sahabat bertemu malaikat..tetapi dia tertanya2 adakah itu malaikat atau pun tidak..mari saya kongsikan bersama.

Suatu hari, ada sahabat ini..dia bekerja sementara di sebuah syarikat pembinaan laman web. Ianya merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan oleh kaum Cina. Dia seorang  lelaki yang masih muda lagi..umurnya lebih kurang dalam linkungan 20-an.

Kebiasaan hari2 bekerjanya dia sering mengantuk dan rasa ingin tidur saja bila waktu pejabat. Tetapi pada hari tersebut dia sering melakukan pelbagai pencarian untuk pembinaan laman web pelanggannya.  Dia  amat khusyuk mengendalikan tugasnya sampai orang lain panggil pun xsedar. Dalam pemikiran beliau, aku nak buat website yang boleh mendatangkan rezeki aku sikit. "InsyaAllah aku boleh buat", benak dalam pemikiran beliau. Selepas itu, beliau bertungkus lumus mencari idea dan cuba mencari cara2 untuk membuat website yang boleh dijadikan sumber pencarian rezeki sementara beliau.

February 5, 2011

Hubungan Suami Isteri Yang Solehah

Salam semua Blogger...ari ni aku nk share something yang aku jumpa..belek2 punya google aku terjumpa satu artikel yang menarik...memang menusuk jiwa..kisah entri ni dah lama dah..tapi xsalahkan kita kongsikan sama2 kn..kisahnya mengenai antara suami isteri iaitu Ahmad dan Zulaikha. Mereka telah diijab kabulkan pada hari perkahwinan mereka tersebut. ermmm..xperlu la aku nak panjang lebar sinopsis apa yang aku baca ni kan..[padahal malas nak menaip..hehehe..] meh sume aku tunjukkan cerita tu..baca dibawah kisah dan cerita mengenai kehidupan Ahmad dan Zulaikha ini :

Alhamdulillah…
Itulah lafaz yang dilafazkan oleh tok kadi setelah selesai mengijabkabulkan pasangan Ahmad dan Zulaikha.

Hari-hari yang dilalui oleh Ahmad dan Zulaikha berjalan seperti biasa.Mungkin ada kelainan pada Zulaikha . Setelah bergelar isteri , segala tugas dan urusan rumah terpaksa dilakukannya sendiri .

January 27, 2011

Cinta Allah Adalah Cinta Hakiki

CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.


Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.


Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.


Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan. 



Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.


Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.


1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya. 

 


Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."


Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."


Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.


Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.


Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.


Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.


Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.


Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.


Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.


Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.


Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:


  1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
  2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
  3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
  4. Tidur sekejap waktu tengah hari.

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.


Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.


Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.


Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah.




Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.


Ermmm...apelah nasib kte sekarang ni kan..sape lah yang xpenah rasa cinta monyet tu kn..sumenye msti pnah kn? xpela..pe2 pn..kte tgglkn jela yg xspttnya..kte amek jela perkara yang lepas itu sbg pengajaran dan tauladan kita..marilah kte sama2 dekati diri kte pd Allah S.W.T.. 


[Dipetik dari Tazkirah Remaja | Ust. Mohd.Zawawi Yusoh ]



December 28, 2010

Dilarang pergi/makan di OldTown!

Di OldTown restoran ini trdapat ulat dlm Lam Mee..bukan ulat biasa..tp seakan-akan ulat yang berada pada sampah. Mari lihat video ini :



[video daripada Edmund Goh Chun Hiang]

Obama harapan dunia Islam?

Isu ini mungkin berbangkit setelah dunia menyaksikan seorang presiden bagi kuasa besar dunia Amerika Syarikat (AS) adalah Barack Obama. Ini kerana Obama dikaitkan dengan keturunan Afrikan-Amerikan yang dari keturunan beragama Islam, tetapi bapanya bertukar agama kepada Kristian. Selain itu, beliau pernah tinggal di Indonesia dan berkahwin dengan seorang kulit putih beragama Kristian serta seorang kepimpinan generasi pertama dalam era globalisasi.
Apa pun telahan tentang diri Obama yang pasti beliau merupakan seorang presiden yang menang pilihan raya atas kekuatan kempen berteraskan teknologi internet dan komunikasi pantas. Kempennya pasti juga mendapat dokongan kuat kumpulan berkepentingan yang menjadi kuasa penentu kemenangan beliau. Kumpulan yang dimaksudkan adalah masyarakat Yahudi Amerika yang menguasai sebahagaian besar medan perniagaan dan perdagangan serta pentas pentadbiran kerajaan.

Pemilihan Obama
Sebelum dipilih sebagai presiden, beliau merupakan senator muda bagi Illinois. Beliau mencipta sejarah perjalanannya ke Rumah Putih bermula selepas beliau mengumumkan hasrat bertanding presiden pada 10 Februari 2007 di Springfield, Illinois.
Kemudian pada 27 Ogos 2008 beliau disahkan sebagai mewakili Parti Demokrat untuk pilihan raya presiden 2008. Turut dinamakan ialah Senator Joe Biden dari Delaware selaku naib presiden berpasangan dengan Obama.  Sementara parti lawannya Parti Republikan telah menamakan calon presidennya, Senator John McCain dari Arizona yang berpasangan dengan Gobenor Alaska, Sarah Palin selaku naib presiden.
Selepas kempen berjalan dan pada 4 November  2008, Obama telah menang pilihan raya presiden dan menjadikannya “the first African American” dipilih sebagai Presiden AS. Di samping Obama juga merupakan senator yang ketiga telah dipilih sebagai presiden selepas Warren G. Harding dan John F. Kennedy.

Rahsia menang
Antara rahsia kemenangan Obama adalah kekuatan strategi kempennya yang menggunakan teknologi internet yang mampu mengakses para pengundi muda, khususnya first-time voter. Hasilnya Obama telah mencapai rakan internet lebih 3.5 juta orang menerusi ruang facebook, Menerusi manfaat ruang internet itu, Obama bukan sahaja mencapai kempen pengundi, malah turut memperolehi dana bagi pembiayaan kempen pilihan rayanya. Menariknya di sini, Obama telah menggunakan internet secara internet kelas atasan bagi strategi pemasaran kempennya (a top-class internet marketing strategy).

Obama tetap popular
Tinjauan sebuah pusat penyelidikan di AS mendapati 18 peratus percaya Obama adalah seorang Islam, iaitu meningkat daripada 11 peratus pada Mac  2009. Diikuti satu lagi kajian oleh Majalah Time, mendapati kepercayaan itu meningkat lagi kepada 26 peratus selepas timbulnya cadangan menubuhkan kompleks Islam dan masjid berdekatan Zero Ground (bekas bangnan WTC yang dibom).
Hanya satu pertiga rakyat Amerika yang ditinjau menganggap Obama Kristian, penurunan mendadak daripada 48 peratus yang mengatakan beliau seorang Kristian pada 2009. Bagaimanapun, tinjauan pendapat Gallup tetap mengesahkan Obama masih popular walaupun ada yang skeptik mengenai status agamanya.  Bagi golongan Muslim dan Yahudi, masing-masing tetap menyokong Obama, walaupun sokongan terhadapnya jatuh di kalangan penganut agama lain. Namun, fakta Obama kuat menyokong Yahudi memang terbukti ketika perjalanan kempen untuk memenangi jawatan presiden. Beliau disahkan secara bergambar turut hadir melakukan upacara ibadat Yahudi di Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem pada hari Rabu, 23 Julai 2008 dan bertemu Master Jew dengan memakai Yarmulke, pakaian lebai Yahudi ketika melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.
Apa yang pasti semua kajian/tinjauan dibuat adalah ketika Obama sedang menghadapi kontroversi berhubung rancangan untuk membina sebuah pusat Islam berdekatan Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan pada 11 September 2001. Sudah pasti ia bakal menambahkan keyakinan dan gerunnya masyarakat AS kepada amaran kemungkinan teori S. Huntington mengenai kebangkitan Islam bakal berlaku dan mengancam kuasa Barat.

Obama penerus dasar Bush
Bahkan tema kempen Obama yang menganjurkan perubahan semasa pilihan raya tidak pun mengubah dasar asas AS dalam menangani negara-negara dunia, terutama negara umat Islam.  Fokus utama dasar AS terhadap negara umat Islam ialah dasar memerangi keganasan.
Selepas era perang dingin Timur Barat dengan blok timur diwakili Kesatuan Soviet, AS menumpukan pula kepada dasar-dasar perluasan pengaruh politik, ekonomi dan menangani negara-negara umat Islam. Justeru Obama yang menjanjikan perubahan sebenarnya tidak mampu melakukan perubahan itu. Apa yang berlaku beliau mewarisi legasi ditinggalkan Bush dan meneruskan dasar-dasar hampir sama terhadap negara-negara umat Islam seperti kezaliman Bush ke atas negara umat Islam.
Suhaimi Mokhtar seorang perunding media di Kuala Lumpur (dalam Sinar Harian), mengulas realiti Obama adalah penerus atau masih mewarisi dasar Bush yang mahu menukarkan rejim negara umat Islam seperti dilakukan ketika menumbangkan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan menjatuhkan rejim Saddam Hussien di Iraq.
Apa yang nyata, ia turut menjayakan agenda ekonomi politik menerusi peperangan, kononnya menyebar demokrasi, tetapi mengaut kekayaan minyak dan menjual senjata sambil menjajah bumi dan psikologi umat di negara berkenaan.
Di sebalik dasar, “kamu bersama AS atau tidak” Obama seperti polis dunia, Mana-mana negara umat Islam yang sebulu dan sanggup bersekongkol dan bersama AS, tidak perlu dilakukan penaklukan. Imperialisme sudah berlindung di sebalik demokrasi dengan dasar tukar rejim ini juga cuba dilaksanakan di Iran, tetapi setakat ini AS masih gagal. Apa yang dilakukan ke atas Iran ialah menyerang dengan perang psikologi semasa pilihan raya presiden Iran dengan mencemuh Mahmoud Ahmadinajed.
Namun, set berfikir rakyat dan pemimpin Iran tidak mudah termakan gerak saraf AS. Isu persenjataan nuklear sebenarnya pengkayaan uranium dan menyebabkan kebencian melonjak rakyat Iran ialah terhadap keganasan Israel yang dibela oleh AS. Gerak saraf agar membenci pendekatan Ahmadinajed sudah bertukar kepada terus bermusuh dengan AS. Oleh itu, AS sedia mengambil sikap berhati-hati terhadap Iran, tetapi tidak menolak kemungkinan untuk melakukan serangan bersenjata terhadap Tehran.

Penyatuan Islam di AS
Sebahagian penduduk Islam AS sudah memberi perhatian kepada rancangan pembinaan sebuah pusat Islam dan masjid berhampiran Ground Zero. Kesannya muncul gerakan anti-Islam. Justeru  kini umat Islam AS mula bersatu selepas mendapati maruah Islam mereka ‘diserang’ dengan ancaman membakar kitab al-Quran dan beberapa siri demonstrasi.
Satu sidang kemuncak pertubuhan-pertubuhan Islam telah diadakan pada 18-19 September lepas  di New York bagi membincangkan tentang kedua-dua projek tersebut. Antara pertubuhan yang menyertai sidang kemuncak tersebut adalah Pertubuhan Islam Amerika Utara,  Lingkungan Islam Amerika Utara, Gabungan Islam Amerika Utara dan Majlis Hubungan Islam Amerika.
Atas kesedaran itu, muncul ramai orang Islam AS bersikap seperti Shaik Ubaid dari Majlis Kepimpinan Islam Metropolitan New York yang meyakini projek tersebut dialu-alukan rakyat AS beragama Islam, malah turut disokong oleh pelbagai pertubuhan-pertubuhan Islam di AS. Menurut Ubaid, “kami tidak mempunyai pilihan lain, selain menyokong Imam New York, Feisal Abdul Rauf yang mengetuai rancangan pembinaan masjid dan pusat Islam tersebut.”
Persoalannya, apakah penyatuan umat Islam AS itu akan disambut secara menyeluruh oleh umat Islam di serata dunia? Ia sesuatu yang belum pasti, kerana masih ramai pemimpin dari negara Islam sanggup menjadi pengampu Obama di pentas-pentas perhimpunan antarabangsa.
Jika demikian, elaklah daripada menyakini dan memberi harapan kepada Obama untuk menaungi umat Islam. Selagi mana umat Islam AS tidak menzahirkan keyakinan tinggi kepada Obama, maka Obama bukannya pemimpin yang patut dimuliakan.

Perintah Allah
Umat Islam sewajarnya jangan mudah terpedaya dengan lakonan Obama, kerana ia suatu sandiwara untuk mengukuhkan kuasa keduniaan. Jika umat Islam asyik dengan alunan dunia, katakan ia bukan penyelamat hakiki. Firman Allah SWT (Ali-Imran 3:185-186)
Bermaksud, “…dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya (185) Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya) (186).
Seruan Nabi
Demikian pula, kuasa AS menerusi agenda penjajahan dan menukar rejim hakikatnya adalah bercanggah dengan maksud hadis Nabi SAW, diriwayatkan Abu Daud maksudnya: “…apakah itu penyakit hati, ya Rasulullah? Baginda menjawab, kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati.”
Seterusnya amaran Rasulullah SAW kepada pencinta dunia sebagaimana hadis diriwayatkan ath-Thusi maksudnya: “Cinta yang sangat terhadap harta dan kedudukan, dapat mengikis agama seseorang.”
Meskipun begitu, kepentingan harta untuk menegakkan agama adalah penting dan perlu. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita menerusi hadis diriwayatkan Ath-Thabrani maksudnya: “Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”
Rumusannya, perjuangan sebenar umat Islam mestlah berpandukan keagungan al-Quran dan kepimpinan Rasulullah SAW. Obama hanya seorang pemimpin kuasa besar dunia. Hakikatnya umat Islam mestilah berdikari bagi mencari dan memiliki harta yang banyak untuk menguruskan agamanya. Dunia Islam adalah kaya dengan pelbagai sumber anugerah Allah, antaranya minyak dan gas serta pelbagai jenis galian. Yakinlah dengan kekuasaan Allah SWT. Jaga dan milikilah kekayaan itu, demi mengukuh tanggungjawab umat Islam bagi menegakkan hak Allah di muka bumi ini. Bertakwa dan bertawakallah kepada Allah SWT ke arah membina iman yang sejati. Sesiapa yang menolong menegakkan agama-Nya, maka Allah akan meneguhkan istiqomah ke mercu kejayaan. Semoga Allah SWT memudahkan kekuasaan umat Islam tanpa bernaung di bawah mana-mana kuasa manusia, mahupun negara bangsa (nation state).

[Dipetik daripada Harakah Daily]

Harga naik: Mahasiswa berfikir di mana 1Malaysia

Minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang 4 dalam 1. Kenaikan yang tidak masuk akal ini menyebabkan bebanan yang besar kepada rakyat Malaysia apatah lagi musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan.

Gambar Hiasan
 
Pastinya rungutan dan rayuan rakyat tidak dan tidak akan didengari oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini.

Alasan pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan apatah lagi kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai 6 bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu. Di sini, mahasiswa secara jelasnya mampu dan boleh berfikir di mana prinsip 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan selama ini. Jika betul rakyat didahulukan, kenapa kenaikan berlaku dalam masa 6 bulan?

 Gambar Hiasan

Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat terutamanya mahasiswa yang akan menempuh semester baru tidak lama lagi. Bagaimana hendak cukup biasiswa/pinjaman diberikan jika keperluan sara hidup semakin naik jika hendak dibandingkan pinjaman yang diberikan? Sepatutnya perkara seperti ini patut dimbil kira memandangkan lebih 300,000 ribu mahasiswa sedang berada di IPT seluruh negara sama ada di IPTA, IPTS, Kolej-kolej Komuniti, Politeknik dan sebagainya.

 Gambar hiasan

Kesannya, lebih ramai mahasiswa terpaksa ikat perut untuk meneruskan pengajian bahkan ada yang berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup dan lebih malang terdapat mahasiswa yang pengsan dek kerana 'exhausted' dan pengsan semasa bekerja untuk menampung keperluan diri di samping dalam pada masa yang sama perlu fokus dalam pengajian.
Dalam pada masa yang sama akan berlaku kenaikan harga makanan di kampus pusat pengajian dan perkara ini memang tidak dapat dielak lagi kerana pengusaha kafe/kantin terpaksa menanggung kos pengankutan lebih dari biasa kerana kenaikan petrol dan diesel serta kos bahan makanan seperti gula.
Jika perkara ini berlaku secara berterusan, bagaimana Malaysia hendak melahirkan pelapis dan rakyat yang kompeten dari sudut akademik mahupun sahsiah jika mahasiswa tidak dapat fokus dalam pengajian mereka?

Mahasiswa yang terus menerus menjadi mangsa seolah-olah ibarat anak dibuang dan kera disusukan. Hal ini dapat dilihat dengan tiada sebarang penarikan subsidi dilakukan kepada perunding-perunding asing dan kroni yang sewaktu dengannya. Walhal, siapa yang patut didahulukan dalam isu subsidi? sama ada kita rakyat Malaysia atau sebaliknya?
Jika terus menerus berlaku perkara seumpama ini, mahasiswa pastinya akan terus dizalimi demi menjaga kepentingan sesetengah pihak. Bahkan secara total mahasiswa semakin keliru dengan agenda yang hendak dibawa oleh kerajaan sama ada mendahulukan rakyat atau sebaliknya!

[Dipetik daripada Harakah Daily]

December 26, 2010

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini  berlaku di US (Amerika Syarikat).
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu.

[Dipetik daripada Harakah Daily ]

Dialog Sunnah-Syiah dan masa depan umat

Islam Syiah mendapat perhatian di Malaysia sejak lebih seminggu lalu apabila sebuah hauzah komuniti ini diserbu pihak penguasa sehingga menjadi tajuk berita utama di media tempatan dan antarabangsa.
Dalam perhatian media global, selepas pertempuran kerajaan Yaman dengan Syiah Zaidiyah dikenali Houthi di utara negara itu sejak 2009, kebangkitan Syiah di Bahrain sejak beberapa bulan lalu, dan perkembangan politik Iraq, kini Malaysia turut menjadi perhatian dalam isu hubungan Syiah-Sunnah global.
Dalam serbuan di Gombak, Selangor itu, seperti yang lazim di Malaysia, hampir semua media melaporkan sahaja dakwaan-dakwaan seperti menghalalkan pembunuhan pengikut Sunnah tanpa sebarang respons dan penjelasan tentang dakwaan-dakwaan ditimbulkan.
Dan seperti yang lazim juga, sebahagian media dalam wacana singkat mereka meletakkan Syiah sekali dalam kategori ajaran sesat, tanpa sebarang penjelasan tentang perbezaan Syiah dengan Sunnah atau aliran Syiah terbabit.
Media juga terus mengidentifikasi hauzah - yang sebenarnya ialah institusi pendidikan, seperti madrasah dalam dunia Sunnah - sebagai sebuah kumpulan, hampir sama seperti Jamaah Islamiyyah dan sebagainya.
Pendirian tidak konsisten pihak berkuasa dapat diperhatikan apabila nada mengancam keselamatan negara kerana antara lain menghalalkan darah bukan Syiah berubah kepada kenyataan tidak mengancam keselamatan negara oleh menteri dalam negeri dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia atas sebab berpotensi memecah-belahkan umat Muslim negara ini.
Hujah seperti ini biasa dikemukakan dalam debat isu Syiah di negara ini. Variasi daripada sesat hingga kepada tidak sesuai, atau lebih mudah menerima sahaja denominasi Sunnah Shafie biasa menjadi hujah mereka yang menolak Syiah.
Dalam banyak, dan mungkin sebahagian besar kes, debat sukar berjalan kerana kedua-dua Syiah dan Sunnah tidak bercakap dalam bahasa yang sama, yang satu sebabnya ialah perbezaan konsep-konsep kedua-dua aliran.
Konsep seperti Imamah atau kepimpinan umat seperti yang diwacanakan dengan mendalam oleh Syiah tidak merupakan sesuatu yang dibincangkan atau difahami Muslim Sunnah. Muslim Sunnah juga sering sukar menerima atau memahami konsep-konsep esoterik dan dasar-dasar falsafah amalan-amalan Syiah seperti sambutan Asyura, yang realitinya mempunyai pelbagai bentuk dan tahap di seluruh dunia Syiah.
Sebahagian besar Muslim Sunnah turut menyamakan semua golongan Syiah daripada Imamiyah 12 Imam kepada Zaidiyah dan Syiah ekstrem yang banyak di Pakistan dan India dalam satu kategori Syiah.
Amalan memukul badan sehingga berdarah (walaupun di beberapa tempat pewarna merah digunakan untuk memberikan efek berdarah tanpa melukakan badan) dianggap sebagai amalan semua aliran Syiah, dan keganasan yang berlaku di Iraq dan Pakistan terus dikaitkan dengan simplistik kepada berpunca daripada Muslim Syiah, tanpa melihat perkembangan tersebut dengan lebih mendalam, dan tanpa pengetahuan yang cukup dalam politik antarabangsa.
Begitu juga dengan amalan nikah mutaah dan waktu solat menurut tafsiran mazhab fiqh Jafari dalam Imamiyah 12 Imam. Nikah mutaah dilihat sebagai satu amala biasa yang diterima dengan mudah oleh semua pengikut Syiah walaupun hakikatnya penerimaannya tertakluk kepada pelbagai kondisi setempat.
Perbezaan waktu solat Syiah juga dengan mudah ditafsirkan sebagai pengikut Syiah bersolat jamak untuk setiap waktu, dan hal ini juga dijadikan asas pandangan - atau persepsi salah - bahawa amalan agama Syiah lebih mudah.
Hakikatnya, tafsiran waktu solat tersebut hanya satu tafsiran fiqh Jafari yang menjadikan ibadah solat lebih mudah, tetapi ibadah lain seperti puasa, haji dan doa-doa yang lebih panjang, jarang, sekiranya ada, diberi perhatian oleh Muslim Sunnah.
Dari sudut implikasi tempatan dan global, perkembangan di Malaysia mencetuskan isu hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Iran, dengan hubungan Kuala Lumpur dan Tehran kelihatan sedikit terjejas.
Episod ini juga menimbulkan kepentingan dialog antara Muslim yang kelihatan semakin kritikal ekoran perkembangan dunia Islam yang menyaksikan hubungan Syiah dengan Sunnah menjadi sentral di beberapa negara Islam seperti Iraq, Yaman, Arab Saudi, Bahrain dan kini Malaysia.
Perkembangan ini juga, yang menempatkan Syiah Imamiyah Malaysia di tengah-tengah dan menjadi perhatian menambahkan lagi isu-isu Syiah global yang dinilai sebagai kebangkitan.
Reaksi komuniti Syiah di Malaysia terhadap tindakan pihak berkuasa telah memunculkan mereka di tengah-tengah arus perdana masyarakat, dengan kesediaan berwacana dengan lebih terbuka komuniti ini seperti di negara-negara terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Perkembangan ini menguatkan lagi tesis tentang kebangkitan Syiah global seperti dikemukakan akademik Vali Nasr dalam bukunya The Shia Revival: How Conflicts Within Islam Will Shape the Future (2007), yang muncul semakin relevan dalam perkembangan dunia Islam pada masa kini.
Umat Muslim termasuk di Malaysia, wajar sekali mengambil kesempatan perkembangan global ini untuk menghalakannya ke arah yang positif, membawa manfaat untuk semua dan bukan menambahkan lagi isu-isu yang boleh membawa perpecahan.

[Di petik daripada Harakah.Daily

October 6, 2010

Apekah pendapat anda?





Bersentuhan dengan binatang yang haram kita pegang adalah lebih baik daripada bersentuhan dengan wanita/awek yang bukan mahram.

October 5, 2010

Pembangunan Ka'abah 2020

more capacity..more areas..more spaces...more security..highest technology...amazing design..

September 8, 2010

Sambutan Aidilfitri cara Rasulullah

Petikan ini dipetik dari utusan malaysia pada tahun lepas yang mana dari Ulasan buku Menyambut Ramadhan dan Aidilfitri Menurut Sunnah.

TENTUNYA tidak relevan lagi untuk mengulas tentang sambutan Ramadan kerana ketika ini telah hampir memasuki bulan Syawal hanya beberapa hari sahaja lagi, dengan itu bermakna Aidilfitri bakal disambut. Tetapi masih ada kaitannya ialah, Aidilfitri itu disambut kerana berakhirnya bulan Ramadan.

Walaupun buku ini berbicara tentang Ramadan, ia turut tidak melupakan untuk mengupas perihal Aidilfitri. Fokusnya tetap sama iaitu bagaimana cara sambutannya mengikut amalan Rasulullah.

Penulis buku ini memulakan bab mengenai Aidilfitri dengan memberi ‘rasa’ kurang senang dengan cara hari kebesaran itu disambut oleh segelintir masyarakat Islam.

Menurutnya, amat sedikit di kalangan kita semua yang benar-benar mengambil kira tatacara yang telah diajar oleh Rasulullah semasa menyambut perayaan Aidilfitri.

‘‘Bukan satu kejutan atau menghairankan jika dikatakan bahawa perayaan Aidilfitri di kalangan umat Islam dewasa ini tidak banyak bezanya dengan cara golongan kafir merayakan hari kebesaran mereka.

‘‘Bunyi persamaan itu agak keterlaluan tetapi pertimbangkan pelbagai kemungkaran yang berlaku semasa sambutan Aidilfitri. Contohnya pembaziran, pergaulan bebas, bersalaman lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya. Itu belum dikira ada sesetengah kita yang berbohong, mengumpat dan melakukan perbuatan tidak senonoh lain,’’ tulis beliau pada bab Kedatangan Aidilfitri, di halaman 118.

Di dalam bab yang sama beliau turut menyatakan betapa kebanyakan daripada kita semua lebih gemar menghabiskan masa menonton rancangan di televisyen dan bukannya ziarah-menziarahi sesama saudara.

Tambahnya, rancangan televisyen (bukan semua) penuh dengan program berunsur hedonis selain ada juga segelintir kita yang menziarah kubur pada Hari Raya, dianggap penulis sebagai upacara bidaah.

Justeru, dengan menyorot serta mencedok ayat-ayat Quran dan hadis, penulis cuba memberi panduan berhubung cara yang afdal untuk menyambut serta meraikan Aidilfitri.

Kalau kita belum jelas, makna eid daripada segi bahasa ialah sesuatu yang berlaku berulang-ulang atau hari orang berkumpul.

Muncul

Ibn al-Arabi menyebut: ‘‘Hari Raya disebut eid kerana hari itu akan sentiasa muncul pada setiap tahun dan membawa kegembiraan baru.’’

Fitri atau fitrah pula bermakna sedia kala atau bersifat asal. Maka Hari Raya Aidilfitri ialah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut tanggal 1 Syawal setiap tahun setelah berjaya menyempurnakan ibadat sepanjang Ramadan dan kembali kepada fitrah, iaitu dibenarkan makan serta minum.’’

Dalam bab seterusnya, penulis mengupas satu persatu mengenai amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sempena menyambut ketibaan Aidilfitri.

Antara amalan yang diajarkan itu termasuklah bertakbir, meneruskan qiamullail, mandi dan makan sebelum solat Hari Raya, memakai pakaian indah, berjalan menuju ke tempat solat, mengikuti jan berbeza ketika pergi dan pulang serta mengerjakan solat di tempat lapang.

Barangkali ada kemusykilan tentang pengucapan Selamat Hari Raya di kalangan kita semua. Dalam hal ini, penulis ada menyebut mengenai senario umat Islam di Malaysia mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’.

Namun kata penulis, apa yang lebih bertepatan ialah mengambil teladan sunah Nabi s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, yang dinukilkan daripada Jubair Nufair katanya yang bermaksud: ‘‘Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w. bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain iaitu ‘taqabbalullah minna waminka’ bermaksud: ‘‘Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.’’

Sementara itu, menariknya dalam buku ini ialah penulis mengutarakan mengenai hukum bergembira di Hari Raya.

Lazimnya, bagi kita di Malaysia, kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri diterjemahkan dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul dan ziarah-menziarahi sesama umat Islam. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum Aidilfitri dimanfaatkan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan.

‘‘Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam sempena menyambut Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.’’

Rasulullah sendiri telah membenarkan penduduk Madinah bergembira apabila munculnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Setiap tahun, umat Islam di seluruh negara akan membuat persiapan ‘beria-ia’, tidak kira semasa menyambut Ramadan atau Aidilfitri.

Pendek kata, golongan yang beria-ia ini sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar sehingga melupakan apa yang diajar oleh ayat al-Quran dan hadis Nabi.

Dalam hal ini, kita sendiri mengetahui bahawa Islam tidak pernah menghalang atau melarang umatnya berbelanja, bersuka ria atau menyambut perayaan dengan kemeriahan.

Tetapi perlu diingatkan bahawa Allah s.w.t. telah menggariskan beberapa panduan dan contoh terbaik bagi hamba-hambaNya dalam menyambut kedua-dua bulan yang mulia itu.


Semoga perkongsian ilmu dan pendapat ini dapat memberikan ilmu kepada kita semua serba sedikit. Sekian Terima Kasih dan Selamat Menyambut Aidilfitri..

August 27, 2010

MALAM LAILATULQADAR



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

 Dipetik dari Al-Azim.

August 14, 2010

Kenapakah Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan??

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur’an al-‘Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya (maksudnya),
“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)
 
 
Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.W.T. bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi ‘alaihimus Salaam.


Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa’, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),


“Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur’an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami’ hadis ini hasan (1497). Dalam Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)


Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawa al-Qur’an mula diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24) di bulan Ramadhan.
 
 
Allah menurunkan al-Qur’an kepada Rasul kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam demi untuk membimbing manusia. Turunnya al-Qur’an merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya al-Qur’an pertama kali jatuh pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan kepada alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan umat Muhammad. Di mana umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagi manusia. Turunnya al-Qur’an yang seterusnya secara beransur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya, sangat mengejutkan orang dan menimbulkan keraguan terhadapnya sebelum jelas bagi mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak menerima risalah besar ini dengan cara sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan (dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara beransur-angsur adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya relevan dengan peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.

[Petikan ini diambil dan dikongsi bersama bicaraaddin.com]
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat