March 31, 2011

Sabar didik isteri tutup aurat

Salam semua blogger..

Setelah sekian lama aku tidak update dan memperbaharui entri di blog ini, kini aku mula kembali untuk membersihkan semula blog ni.Hehehe..Maklumlah sibuk sangat. Sebelum tu asyik sibuk update untuk blog aku yang INI. Susah jugak ada dua blog gini. Takpe, aku akan cuba balance kan kedua-dua blog ni. InsyaAllah. :)

Ok, entri terbaru untuk blog ini adalah mengenai cara didik isteri. Apakah suami2 di luar sana mengetahui cara yang betol untuk mendidik seorang isteri? Adakah cara didik seorang isteri itu seperti mendidik seorang anak? Baiklah, mari kita sama2 baca sedikit maklumat yang aku jumpa ini.

Ini adalah gambar hiasan sahaja

Sebelum tu, APAKAH hukum isteri yang ingkar perintah Allah dan suami?

Walaupun ditegur dan diminta berubah, isteri masih tidak berubah. Perintah Allah supaya memakai tudung tidak dipedulikan, malah isteri berpakaian seperti remaja apabila keluar rumah.

Apakah hukumnya membiarkan isteri melanggar perintah Allah walaupun diingatkan berulang kali? Adakah perceraian jalan terbaik?
Suami wajib membimbing isteri ke jalan Allah tetapi tugas membimbing bukan mudah kerana ia memerlukan kesabaran. Perceraian adalah jalan terakhir apabila semua usaha menemukan jalan buntu. Namun ia tidak seharusnya dijadikan ‘senjata’ hanya kerana isteri ingkar menutup aurat.

Memujuk adalah jalan terbaik untuk membimbing wanita kerana Rasulullah berpesan bahawa wanita itu seperti tulang rusuk yang bengkok, kekerasan hanya akan mematahkannya tetapi lurut dengan baik dan lembut.

Banyaklah berdoa dan selalu nyatakan keinginan untuk melihat isteri taat pada perintah-Nya.

Allah membuat perumpamaan sabarnya Nabi Noh dan Nabi Lut mendidik isteri bertahun-tahun lamanya tanpa gopoh untuk menceraikan mereka. - Metro

Jadi, pada suami2 di luar sana..perlulah didik isteri anda betol2 dan ikut "prosedur" Islam..InsyaAllah boleh. Tapi itu pun bergantung pada sikap dan perangai seorang suami. Ini kerana seorang suami itu merupakan ketua dalam sesebuah keluarga. Jika suami mempunyai sikap yang tidak elok, apatah lagi sikap isteri dan anak2...Itu yang biasa kita dengarlah. Hurmmm..Sama2 lah kita fikirkan.~ 

13 comments:

farhana sahri said...

bgusnye..=p....tp ad x istilah isteri didik suami?? cuma nk tau..=)

akufakhrul said...

Hehhee...ada je..

kindergartenlibrary said...

hehe ..
nice entri ni .

=)

PCL said...

bersabar dalam mendidik ke arah kebaikkan..semoga kita mendapat rahmat Nya...amin.

Ain Shdn said...

HOPE ONE DAY, aku jadi isteri yang solehah :)

akufakhrul said...

cikbulat: hehehe ;) ye..insyaAllah..awk boleh jd isteri solehah nt.. :)

cikLah said...

terkejut tgk gambar.. igtkan itu adalah incikFakhrul.. huhu.. in future kot eh..huhu.. amiin..

EJA said...

alhamdulillah mcm tu la yg memang kita mahu kan.. entry saudara ada kena mengena dgn entry eja jom ziarah dan tinggalkan komen anda :)

Liza @ Adzriel AB said...

to be safe, bagi yg masih bujang elok pilihlah isteri yg telah memang telah bertudung semasa mengorat lagi. bukanlah perkara mudah nak mengubah sikap seseorang tidak kira lelaki atau wanita. apatah lagi bila si lelaki pun masih kurang ilmu ugamanya hingga mampu pula diperlekehkan oleh pasangan bila si suami menyuruhnya bertudung. yg dah kahwin tu..berusahalah. anda yg memilihnya. ops..emo pulak dik..

Kejora said...

salam..

bagus klw dpt suami bolih mendidik isteri...:)))

khene rae paranga said...

Hello im Ken.
I once dream to meeI t the world. Now I have the key,I mean the way to fulfill it--through BLOGGING(hehe, Im so ambitious). I want to create friends,exchange comments and share ideas. hehe.well I hope its possible for me. Well, I am inviting you to my blog, visit it and follow it.http://yellowsplat.blogspot.com Well people said FOLLOWING blog is another way to connect friends.hehe. So then, I am inviting you so..hehe. Please, help me make my dream a possible. I want a friend.and It starts at you!nice meeting you=D see u around!

cik azeya said...

aku harap aku akan berubah suatu hari nanti. tp sekarang aku tak bersedia lagi. mungkin esok. mungkin luse. mungkin. hurm.

Anonymous said...

smg eden dpt suami yg soleh nti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat