February 5, 2011

Hubungan Suami Isteri Yang Solehah

Salam semua Blogger...ari ni aku nk share something yang aku jumpa..belek2 punya google aku terjumpa satu artikel yang menarik...memang menusuk jiwa..kisah entri ni dah lama dah..tapi xsalahkan kita kongsikan sama2 kn..kisahnya mengenai antara suami isteri iaitu Ahmad dan Zulaikha. Mereka telah diijab kabulkan pada hari perkahwinan mereka tersebut. ermmm..xperlu la aku nak panjang lebar sinopsis apa yang aku baca ni kan..[padahal malas nak menaip..hehehe..] meh sume aku tunjukkan cerita tu..baca dibawah kisah dan cerita mengenai kehidupan Ahmad dan Zulaikha ini :

Alhamdulillah…
Itulah lafaz yang dilafazkan oleh tok kadi setelah selesai mengijabkabulkan pasangan Ahmad dan Zulaikha.

Hari-hari yang dilalui oleh Ahmad dan Zulaikha berjalan seperti biasa.Mungkin ada kelainan pada Zulaikha . Setelah bergelar isteri , segala tugas dan urusan rumah terpaksa dilakukannya sendiri .
Dari menjaga keceriaan rumah sehinggalah kepada menguruskan suami tercinta. Walaupun Zulaikha kini bergelar seorang pensyarah disalah sebuah universiti tempatan ,dia bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Tidak pernah sekalipun terdengar ditelinga Ahmad tentang keluhan Zulaikha.Yang ada padanya hanyalah senyuman yang benar-benar ikhlas dari seorang isteri kepada suami.

‘Sayang , abang kasihan melihat sayang bekerja.Balik sahaja dari mengajar , sayang terpaksa menguruskan rumah , masak untuk abang , cuci pakaian abang dan macam-macam lagi. Jika sayang mahu abang nak carikan seorang pembantu rumah untuk menolong sayang uruskan rumah kita’. Tanya Ahmad pada Zulaikha pada suatu malam. Dengan tersenyum zulaikha menjawab ‘tak perlulah semua tu abang.Zulaikha masih kuat lagi . Zulaikha masih boleh uruskan sendiri semuanya . Lagipun itukan tanggungjawab seoarang isteri . Zulaikha lebih suka abang makan makanan yang dimasak oleh Zulaikha sendiri. Zulaikha suka beri suami Zulaikha makan makanan daripada air tangan Zulaikha sendiri , kerana disitulah akan tercetusnya kasih sayang antara suami isteri. Zulaikha tak pernah menyesal menjadi isteri abang , malah Zulaikha berbangga kerana mempunyai seorang suami yang penyayang , prihatin dan beriman macam abang.Cuma satu yang Zulaikha minta dari abang , kasih dan sayangilah Zulaikha sebagaimana Rasulullah S.A.W. mengasihi dan menyayangi isteri baginda Siti Khadijah.’

Ahmad lantas mencium dahi Zulaikha dan memeluknya.’Abang berjanji sayang , abang tidak akan mensia-siakan sayang. Abang rasa bertuah sangat kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah tinggi budi pekertinya. Terima kasih sayang kerana sudi menerima abang sebagai teman hidup. ‘sama-sama’jawab Zulaikha.

‘Abang bangun bang .dah hampir pukul 5.15 pagi ini . Cepatlah bangun kita berjemaah bersama.”Zulaikha mengejutkan suaminya.Sementara menunggu suaminya membersihkan diri Zulaikha membentangkan sejadah untuk suaminya. Dia lantas mencapai Al-Quran dan membaca kalimah-kalimah suci Allah . Sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Itulah salah satu sebabnya mengapa Ahmad terlalu menyayangi Zulaikha, dia bukan sahaja lincah di dapur malah patuh pada ajaran islam. “Alhamdulillah” ucap Ahmad di dalam hati setiap kali mendengar isterinya melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Setelah selasai berjemaah Zulaikha mencium tangan suaminya memohon kemaafan lantas Ahmad mencium dahi Zulaikha. Itulah kebiasaan pasangan ini setiap kali selesai bersolat.

Apabila selesai menanggalkan telekungnya, Zulaikha ingin bergegas kedapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Tiba-tiba sahaja dia rasa pening , tekaknya terasa mual , dia bergegas ke tandas lantas dia menghamburkan segala apa yang dimakannya semalam. Ahmad yang menyadari hal itu bergegas ketandas dan terus mamicit tengkuk Zulaikha dengan niat untuk meredakan mual isterinya itu. ‘Kenapa ini sayang? , sayang tak sihat ke?, Kenapa tak cakap pada abang yang sayang tak sihat kalau tak….. belum pun sempat Ahmad menhabiskan kata-katanya Zulaikha jatuh pengsan dalam pelukannya. . Ahmad terkejut lantas dia merangkul Zulaikha yang tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam kereta. ‘ya allah ya tuhanku , walau apa pun tejadi kau selamatkanlah isteri ku ini , amin”doa Ahmad. Dengan segala kekuatan yang ada, ahmad beristighfar dan memecut keretanya. Tujuannya hanya satu ,dia ingin cepat sampai ke hospital . Semuanya kerana isteri yang amat dicintainya.

Setalah setengah jam menunggu di luar , doctor yang merawat Zulaikha keluar.Ahmad bergegas mendapatkan doctor untuk mengetahui keadaan isterinya. “Tahniah encik Ahmad anda bakal bergelar seorang bapa” ulas doctor itu sambil tersenyum. Ahmad lantas menadah tangan kepada ilahi mengucap kesyukuran.

Kini sudah 9 bulan Zulaikha mengandungkan benih Ahmad. Setiap malam Ahmad akan mendendangkan ayat – ayat suci Al-Quran kepada anak yang bakal lahir nanti.”insyaallah anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh , patuh pada ajaran islam , taat pada ummi dan abbinya kelak”kata Ahmad setelah dia selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada suatu malam. Zulaikha hanya tersenyum apabila Ahmad mencium perutnya.

“Abang jika apa-apa terjadi pada Zulaikha semasa Zulaikha hendak lahirkan anak kita nanti abang jagalah anak kita dengan baik . Satu lagi jika abang nak mencari pengganti Zulaikha izinkan.”bicara Zulaikha apabila mereka sedang beristirehat di halaman rumah mereka.Ahmad lantas meletakkan jarinya di bibir Zulaikha. “Kenapa sayang cakap macam ini . Sayang dah tak kasihankan abang ke. Abang tak nak kehilangan sayang . Abang terlalu sayangkan sayang.Dan satu lagi insyaallah isteri abang hanya satu dan tidak ada penggantinya. Isteri abang hanya Zulaikha Marshida buat Zulkifli.”jawab Ahmad tegas. Ahmad lantas memeluk isterinya dan tanpa segan silu dia menagis di bahu isterinya.

”Abang Kenapa ini? Zulaikha Cuma mengingatkan sahaja.walau apa pun terjadi abang kena redho.Itu ketentuan ilahi. Kita manusia hanya mampu merancang , tuhanlah yang akan menentukan segalanya.”balas Zulaikha.

Tiba-tiba sahaja Zulaikha rasa perutnya memulas.Semakin ditahan semakin sakit jadinya.Zulaikha mengerang kesakitan. Ahmad terkejut. “Kenapa sayang”

“Tak tahulah abang mungkin dah tiba masanya kot ”balas Zulaikha tersekat-sekat menahan kesakitan . Ahmad merangkul isterinya kedalam kereta dan bergegas kehospital.Setibanya dihospital Zulaikha terus dibawa masuk ke bilik bedah. Ahmad sentiasa berada di sisi Zulaikha untuk memberi semangat kepada isterinya. Ahmad membaca surah Maryam di telinga Zulaikha untuk memudahkan kelahiran. Ahmad tak mampu menahan sebak dihati melihat kepayahan Zulaikha melahirkan zuriatnya. Berkali-kali Ahmad mencium pipi dan dahi isterinya. Jika boleh bertukar tempat di kala itu mahu sahaja Ahmad menggantikan tempat isterinya. Patutlah kata orang , sakit semasa melahirkan ibarat sebelah kaki didalam kubur.”ya allah ya tuhan ku kau selamatkanlah isteri dan anakku ini , amin”. Doa Ahmad didalam hati.

Setengah jam berlalu terdengarlah tagisan bayi. Alhamdulillah ucap Ahmad. Kata doctor anakku adalah kembar.Lima minit kemudian seorang lagi anakku telah menjengah dunia.Zulaikha juga selamat. ALHAMDULILLAH.

Setelah siap anak-anak dibersihkan Ahmad menqhamadkan anak-anaknya.Anak yang sulung diberi nama Iman Muhammad Firdaus bin Ahmad Kamal dan anak yang kedua diberi nama Iman Ainul Raudhah buat Ahmad Kamal. Ahmad memberi Firdaus kepada Zulaikha untuk disusukan sementara Ainul Raudhah diribaannya. Ainul Raudhah seperti memahami yang gilirannya untuk disusukan akan tiba selepas abangnya. Dia sedikitpun tidak merengek. Dalam masa yang sama ahmad memanjatkan kesyukuran kerana dalam masa yang sama dia telah dikurniakan dua orang anak sekali gus…ALHAMDULILLAH.”Terima kasih sayang kerana bersusah payah untuk melahirkan zuriat kita”ucap Ahmad lantas mencium dahi isterinya dan memeluknya erat.                                                                                     


Itu lah al-kisahnya suami isteri tersebut..dalam cerita ni kita boleh amek banyak pengajaran dalam kehidupan kita bersama..betol x sume? hehhehe..pe2 pun kita kena mengetahui  Sebaik-baik ketenangan dan punca kebahagiaan dalam sesebuah keluarga adalah berpunca dari wanita yang solehah, yang sentiasa patuh pada ajaran islam dan sentiasa mentaati akan suaminya. Insyallah...."Suami beriman penjana isteri solehah"

Dipetik dari Ukhwah.com

4 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

betul.. kalau nak anak yg baik, paling utama adalah ibu yg baik. pengaruh ibu besar pd sahsiah anak.

darxniq said...

erkk...apesal aku rasa sebak jer nih...

amirah syahida said...

so sweet <3 sukee..


folow sini,folow me back ya..

CT NoArIzAh ArIs said...

Salam kenal dr sy.. silalah jengah ke blog sy pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat