February 9, 2011

Seorang sahabat bertemu Malaikat..Betol ker?

Assalamualaikum semua, hari saya ingin kongsikan satu cerita bersama anda semua..kisah ini mengenai seorang sahabat bertemu malaikat..tetapi dia tertanya2 adakah itu malaikat atau pun tidak..mari saya kongsikan bersama.

Suatu hari, ada sahabat ini..dia bekerja sementara di sebuah syarikat pembinaan laman web. Ianya merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan oleh kaum Cina. Dia seorang  lelaki yang masih muda lagi..umurnya lebih kurang dalam linkungan 20-an.

Kebiasaan hari2 bekerjanya dia sering mengantuk dan rasa ingin tidur saja bila waktu pejabat. Tetapi pada hari tersebut dia sering melakukan pelbagai pencarian untuk pembinaan laman web pelanggannya.  Dia  amat khusyuk mengendalikan tugasnya sampai orang lain panggil pun xsedar. Dalam pemikiran beliau, aku nak buat website yang boleh mendatangkan rezeki aku sikit. "InsyaAllah aku boleh buat", benak dalam pemikiran beliau. Selepas itu, beliau bertungkus lumus mencari idea dan cuba mencari cara2 untuk membuat website yang boleh dijadikan sumber pencarian rezeki sementara beliau.

Dalam keadaan khusyuk membuat kerja, pejam celik dan pejam celik....jam telah menunjukkan waktu rehat tapi beliau tidak perasan waktu itu adalah waktu rehat..walhal beliau sering melihat waktu jam dan minit setiap kali 15 minit berlalu..Kemudian, keadaan tiba2 menjadi senyap dan sepi sepintas lalu..dan majikan beliau bertanya, "Tak pergi keluar makan ker?"..beliau pun terkejut tiba2 selepas majikan beliau menegurnya dan menjawab tergagap2, "aah..aah..? (sambil tgk jam pada PC beliau) oh yer..terlupa pula waktu rehat..hehehe..ok2.." Beliau pun mengajak rakan sekerja beliau makan bersamanya.

Dalam perjalanan ke kedai makan, beliau bercerita mengenai kerja yang dilakukannya tadi (waktu kerja) kepada rakannya.., "tadi aku wat website aje..kerja yang majikan bagi tu aku dah siapkan dah tadi..pastu aku wat keje yang menguntungkan pulak..hehe..aku try wat web yang mendatangkan rezeki aku" kata beliau pada rakannya. Rakannya menjawab, "Owwhh...yeker?? aku punya keje pun lum settle lagi..banyak lagi kena wat..errr..macammana ko wat web tu? susah ker?" Beliau  menjawab soalan itu,
"ermmm..susah tu susah la jugak kan..mana la ade bende senang kat dunia ni..aku belajar dari internet je..aku cari procedure dan cara nak wat..tu je.."

Selepas itu, mereka sampai ke kedai makan tersebut dan membuat order. Sekali lagi keadaan menjadi senyap dan sepi ketika mereka makan di kedai makan tersebut. Pada waktu ini, beliau dan rakannya belum terpikir dan tidak perasan akan keadaan ini yang senyap ini. Mereka fokus pada makanan mereka sahaja untuk menghabiskan lauk pauk tengahari itu. Setelah selesai makan, kebiasaannya mereka akan terus pergi ke surau yang berada tidak jauh dengan kedai makan tersebut. Surau itu berdekatan juga dengan McD atau pun Mc Donald.

Apabila tibanya di surau, beliau membuka pintu surau tersebut dan melihat seorang posmen sedang sembahyang dan seorang lagi sedang mengambil wuduk dengan tenang. Pada waktu ini, beliau mula terasa pelik dan terfikir , "Kenapa aku tiba2 rasa perasaan seperti ini?" Beliau diam dan terus menunggu giliran beliau sehingga hamba Allah yang sedang mengambil wuduk itu selesai. Setelah selesainya hamba Allah tersebut mengambil wuduk, tiba pula giliran beliau untuk mengambil wuduk. Ketika beliau mengambil wuduk tersebut, beliau mendengar perbualan antara posmen dengan hamba Allah itu tadi...posmen itu bercakap dengan hamba Allah itu, "Mari kita sembahyang beriman dan encik jadi imam ea"..hamba Allah itu menjawab, "baiklah..mari..." Apabila beliau sedang mengambil wuduk di telinga kiri dan kanan beliau, imam(hamba Allah tadi) tersebut telah mengangkat takbir, "ALLAH....HU AKBAR.." dan beliau pun cepat2 masuk jadi makmum.

Setelah selesainya solat berjemaah, beliau terasa pelik sekali lagi..dan dalam pemikiran beliau, "errr..peliknya..kebanyakan orang yang sembahyang kat surau ni lepas solat terus berdoa..tapiiii..dia ni pelik terus sambung solat lagi..solat sunat ker?? ntah la..baik aku berdoa sendiri". Selepas beliau selesai berdoa, beliau memakai stokin dan kasut untuk pulang bekerja semula. Apabila beliau keluar dari surau itu, tiba2 hamba Allah tadi memberi senyuman dan menegur kepada beliau..dan beliau membalas balik dengan senyuman beliau itu. (Dalam Islam memberi senyuman itu sedekah) Kemudian, hamba Allah itu bertanya, "Kerja kat mana?" Beliau menjawab, "Kerja kat company website je..dekat ni je..saya ni sementara je kat situ.." Hamba Allah itu berkata sekali lagi, " oowhh..dapat..elaun (gaji) berapa?" beliau menjawab, "boleh la tahan..sedikit banyak tu.."

Kemudian perbualan itu ditamatkan dengan panggilan telefon dari handset hamba Allah itu..beliau terkejut dan masih samar2...beliau terdengar perbualan telefon tersebut. Hamba Allah itu menjawab telefon, "Assalamualaikum Ustaz......." tiba2 hati beliau terkejut dan seperti perkara pelik berlaku...walhal tiada apa2 pun yang berlaku sangat pun...cuma beliau terkejut panggilan itu daripada ustaz...Kemudian beliau beransur pulang untuk bekerja..dalam perjalanan itu, beliau terfikir dan fikir dalam2..., "Adakah....................................................hamba Allah itu malaikat yang menyamar seorang manusia??" Perkara pelik yang beliau fikir adalah :
  • Keadaan menjadi senyap dan sepi secara tiba2
  • Hati beliau terasa pelik dan terkejut tiba2
  • Bertemu seorang hamba Allah yang tidak pernah ke surau itu
  • Senyuman hamba Allah itu amat pelik dan menenangkan
  • Hati beliau menjadi tenang apabila memberi senyuman kepada hamba Allah itu
  • Muka hamba Allah itu seperti putih bercahaya..tenang apabila memandang mukanya
Itulah cerita yang saya ingin kongsikan bersama2..jika ada tersilap dan terkasar bahasa maafkanlah..cerita ini daripada seorang sahabat yang beliau terasa pelik berjumpa hamba Allah itu..Wallah hu alam.. Semoga cerita ini sedikit sebanyak dapat kita amek pengajaran dan iktibar. Sekian~ Assalamualaikum.. 

2 comments:

cIk IRa NuR HeaRT said...

hanya Allah sahaja yg tahu :)

Anonymous said...

saya sebenarnya sedang mencari orang yg mempunyai pengalaman sama seperti saya dan kerana itulah saya terbaca antikel ini.. dijadikan cerita, pada 27hb Nov yg lalu saya telah pergi ke KL sendirian, tk tahu kenapa hati saya berkobar kobar untuk pergi ke KL walaupun OFF day hanya 2hari (saya bekerja di singapura). dipendekkan cerita, saya solat zohor dan asar di bilik hotel dan berniat untuk pergi ke sebuah masjid baru berdekatan Station Hang Tuah rapidKL. waktu itu hujan renyai renyai selapas hujan lebat sebelumnya. saya berjalan dengan tenang ke masjid itu melalui satu jejantas yang menghubungkan masjid dengan stn Hang Tuah. setiba di masjid sayapun pergi ke tempat mengambil wuduk. sebelum sempat mengambil wuduk tiba2 saya tertarik dengan seorang lelaki "mcm bangsa arab" yg datang di sebelah saya yg juga hendak mengambil wuduk. saya rasa sangat tertarik dengan jubah beliau yg sangat putih bersinar. tanpa sebarang rasa pelik, saya menoleh kearah hamba Allah itu sambil melemparkan senyuman. dia mambalas senyuman saya dan dia mengucapkan salam sambil menghulurkan tangan. tanga hamba Allah itu sangat sejuk walaupun belum mengambil wuduk.. dlm benakku "mgkn sebab waktu itu baru lepas hujan lebat dan masih hujan renyai2" sayapun mengambil wuduk dan terus masuk ke masjid. tiba2 saya terlintas di benakku untuk mencari hamba Allah itu. saya melihat beliau duduk agak jauh kebelakang sambil menutup wajah dgn kedua tangannya dan sepertinya sendang berzikir. setelah saya solat Tahiyatul masjid sayapun duduk ikhtikaf sambil membaca al-ikhlas dan zikir sementara menunggu azan maghrib... selepas solat maghrib saya sekali lagi tergerak hati untuk mencari hamba Allah tersebut, saya dapati beliau berada benar2 di belakang saya, sekali lagi hamba Allah itu melemparkan senyuman sambil menghulurkan tangan dan mengucap salam.. saya tidak berasa apa2 keanehan terhadap beliau. saya pun berdiri untuk solat sunat awauubin sebelum meninggalkan masjis. sewaktu meninggalkan masjid saya singgah untuk memasukkan sedikir derma kepada masjid, sewaktu saya memasukkan wang kedalam peti, tiba2 tergerak hati saya untuk mencari beliau untuk bertanyakan lebih lanjut asal usul dan amalan beliau. akan tetapi setelah menoleh kedlm masjid hamba Allah itu sudahpun tiada. dlm perjalanan balik ke station Hang Tuah untuk ke Time Square, saya fikirkan balik hamba Allah itu. apa yang aneh saya dapati adalah
1. Tiada seorangpun yang berjabat tangan serta mengucap salam kepada beliau.
2 wajah hamba Allah itu bersinar putih kemerah merahan dan bercahaya.
3. sepertinya tiada siapapun yang perasan akan kewujudan beliau di masjid.
4. Biasanya org yg berpakaian seperti beliau akan bersolat di saf hadapan akan tetapi beliau bersolat di saf paling belakang bersama sama dgn "bangla dan india" pekerja memunggut sampah dan kilang.
setelah saya teliti dan fikirkan kembali, kenapa orang itu hanya senyum kepada saya, sepertinya beliau perasan yg hanya saya seorang sahaja yg boleh melihat beliau, dan saya berasa aneh kenapa wajah beliau berkilauan sinar dan wajahnya sangat bersih kemerah merahan tidak seperti wajah kebanyakan orang di masjid atau org2 yg saya pernah jumpa. Allah sahaja yg tahu siapa beliau. Malaikat, Jin Islam atau orang biasa yg punyai amalan tertentu. Sekian kongsi penglaman saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat