February 10, 2011

Mengenali dan Mengetahui Siapa Pencipta Seluruh Alam ini..

Kita perlu tahu apa yang kita sepatutnya tahu dalam fikiran dan dalam hati kita ini. Kita wajib mengetahui
sifat-sifat Allah. Iaitu sifat yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Ya..saya tahu..ramai yang telah tahu dan mengenalnya..tapi kita kadang2 lupa perkara2 seperti ini. Malah ada yang lalai..jika dulu2 , masa kecil kita semua belajar sifat2 Allah ini disekolah agama rakyat atau pun sekolah biasa. Tapi bila meningkat semakin dewasa kita semakin lupa tentang ini. Hari ini saya ingin kongsikan dan ingatkan kembali Sifat2 Allah. Sifat-sifat Allah adalah:-

Mari kita imbas kembali Kisah Nabi Nuh membuat kapal..

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu. Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dapat bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang

February 9, 2011

Seorang sahabat bertemu Malaikat..Betol ker?

Assalamualaikum semua, hari saya ingin kongsikan satu cerita bersama anda semua..kisah ini mengenai seorang sahabat bertemu malaikat..tetapi dia tertanya2 adakah itu malaikat atau pun tidak..mari saya kongsikan bersama.

Suatu hari, ada sahabat ini..dia bekerja sementara di sebuah syarikat pembinaan laman web. Ianya merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan oleh kaum Cina. Dia seorang  lelaki yang masih muda lagi..umurnya lebih kurang dalam linkungan 20-an.

Kebiasaan hari2 bekerjanya dia sering mengantuk dan rasa ingin tidur saja bila waktu pejabat. Tetapi pada hari tersebut dia sering melakukan pelbagai pencarian untuk pembinaan laman web pelanggannya.  Dia  amat khusyuk mengendalikan tugasnya sampai orang lain panggil pun xsedar. Dalam pemikiran beliau, aku nak buat website yang boleh mendatangkan rezeki aku sikit. "InsyaAllah aku boleh buat", benak dalam pemikiran beliau. Selepas itu, beliau bertungkus lumus mencari idea dan cuba mencari cara2 untuk membuat website yang boleh dijadikan sumber pencarian rezeki sementara beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat