September 8, 2010

Nokia E5..dunia nokia terbaru dalam dunia komunikasi terkini...


Model ini sesuai digunakan untuk bekerja dan bersosial dengan erti kata sambil bekerja pengguna tetap boleh mendapat berkomunikasi menerusi laman sosial popular yang ditambah hiburan menyeluruh sama ada bermain game, mendengar lagu kegemaran atau menonton video.

Berasaskan sistem operasi Symbian 9.3 dengan edisi ketiga S60 yang dilengkapi antaramuka Feature Pack 2, anda boleh menambah ikon hubungan dikehendaki melalui bar Contacts baru terpapar di atas skrin.

Mudah saja caranya kerana ada ikon di paparan hadapan dan klik saja ia akan bertukar dari paparan Contacts kegemaran pada skrin sedia ada kepada yang baru.

Setiap nombor telefon, emel dan sebagainya pada kenalan ditetapkan diwakili avatar tertentu yang boleh dipilih menerusi ikon Gallery atau merakam foto menggunakan kamera.

Nokia E5 turut membolehkan pelarasan skrin mengikut kehendak, kebiasaannya pengguna akan membuat dua mod paparan iaitu untuk bekerja yang cukup dengan ikon jalan pintas ke aplikasi produktiviti seperti e-mel, kalendar, senarai kenalan, jadual temu janji, senarai tugasan dan sebagainya.

Manakala untuk mod di rumah pula biasanya kelihatan lebih ranggi akan diselaraskan ikon jalan pintas pelbagai aplikasi hiburan.


 Disebabkan perkhidmatan servis data iaitu HSDPA/HSUPA, WLAN, Tri-band WCDMA, GSM GPRS mahupun EDGE, pengguna berupaya menikmati aktiviti sosial menerusi laman seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Penghantaran data yang lancar mampu dilaksanakan asalkan anda mempunyai rangkaian telekomunikasi dipercayai apatah lagi ketika mahu mengemaskini status di laman sosial untuk tatapan rakan lain.

Bukan setakat bergantung kepada laman sosial, penguji mendapati Nokia E5 secocok dipadankan dengan Perkhidmatan Pantas (IM) Yahoo! Messenger, Google Talk dan Windows Live Messenger yang bertujuan menambah kaedah komunikasi.

Capaian e-mel dibuat begitu mudah dan mudah dipasang terutamanya e-mel dari penyedia perkhidmatan Internet seperti Gmail, Hotmail dan Yahoo!.

Daripada ikon tetapan e-mel, anda hanya perlu masukkan alamat e-mel dan sahkan. Ia amat memudahkan, cuma apa yang diperlukan ialah sambungan ke Internet.

Ia boleh diseragamkan dengan apa juga pelayan e-mel termasuk SMTP, IMAP4 dan POP3.

Melihat reka bentuknya pasti menarik perhatian si pembeli yang melanguk di depan kaunter kedai.

Ia mengambil asas reka bentuk Nokia E63 tapi dibuat lebih kecil dan lebih nipis, malah boleh dikatakan antara telefon bimbit ternipis di dunia memiliki pad kekunci QWERTY.

Kerangkanya masih berasaskan keluli untuk menjadikannya mantap ketika dipegang, tak berat dan tak pula ringan sangat sesuailah untuk pengguna di Malaysia seperti kita.


 Selain itu, katanya, E5 turut dilengkapi kamera lima megapiksel dengan LED Flash di samping sokongan fokus automatik, keupayaan zum sehingga tiga kali, mod senario tertentu, penetapan pendedahan cahaya secara manual dan mod sensitiviti cahaya.

Ciri lain yang dikesan termasuk sambungan bluetooth 2.0 dan fungsi A-GPS manakala memori pula 250MB serta boleh menyokong sehingga 32 GB microSD.

Penguji merasakan peranti ini bersesuaian untuk kegunaan remaja yang kerap bersosial dengan kelainan penggunaan QWERTY berbanding faktor skrin sesentuh.


 Maklumat:
PRODUK: Nokia E5
HARGA: RM830
PENGELUAR: Nokia Inc

Dipetik dari HMetro untuk perkongsian pengetahuan semua...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat