September 8, 2010

Champ yg kecil molek tapi mampu bersosial !



SAMA ada mahukan telefon bimbit kecil molek atau telefon bimbit skrin sesentuh, Samsung menawarkan kedua-dua pilihan bakal pembeli melalui model terbaru iaitu telefon Samsung Champ (GT-C3303K) yang disasarkan kepada pengguna aktif bersosial.
Sesuai dengan fenomena aplikasi telefon sesentuh yang cukup popular, Samsung tidak ketinggalan membawakan segmen sama dengan memperkenalkan model yang memiliki aplikasi skrin sesentuh 2.4 inci.

Selain kemampuan untuk sistem Internet untuk bersosial dan rangkaian EDGE yang memperkasakan telefon ini, model ini juga dilengkapi kamera 1.3 megapiksel dengan fungsi mod rakaman malam.

Andai mahukan kelebihan lain, Champs juga didatangkan dengan fungsi antara muka TouchWiz 2.0 yang mempamerkan panel untuk mengakses beberapa aplikasi seperti Facebook secara pantas ditambah reka bentuk comel dan praktikal.

Jangan sangka di sebalik saiznya yang kompak, model telefon bimbit membolehkan ia dilengkapi sambungan bluetooth 2.1, slot kad memori microSD sehingga 8GB dan slot audio jack 3.5mm.


Spesifikasi:

PRODUK: Samsung Champ (GT-C3303K)
HARGA: RM399
RANGKAIAN: GSM, EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
PAPARAN: 2.4" QVGA(240x320) 262K TFT LCD
PRODUK: Samsung Champ (GT-C3303K)
HARGA: RM399
RANGKAIAN: GSM, EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
PAPARAN: 2.4" QVGA(240x320) 262K TFT LCD
KAMERA: 1.3 megapiksel
FORMAT VIDEO: H.263, MPEG4, QCIF@ 15fps
MASA BERBUAL: sehingga 12 jam
ANTARAMUKA: TouchWiz Lite 2.0
SAMBUNGAN: Bluetooth 2.1, USB v2.0
INTERNET: Yahoo! Messenger, SNS Link, Image Editor, Google (Search/ Mail)
MEMORI: 20MB (dalaman), slot kad MicroSD
DIMENSI: 96.3 x 53.8 x 12.97mm
BERAT: 80g


Dipetik dari HMetro untuk perkongsian pengetahuan semua..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat