March 31, 2011

Sabar didik isteri tutup aurat

Salam semua blogger..

Setelah sekian lama aku tidak update dan memperbaharui entri di blog ini, kini aku mula kembali untuk membersihkan semula blog ni.Hehehe..Maklumlah sibuk sangat. Sebelum tu asyik sibuk update untuk blog aku yang INI. Susah jugak ada dua blog gini. Takpe, aku akan cuba balance kan kedua-dua blog ni. InsyaAllah. :)

Ok, entri terbaru untuk blog ini adalah mengenai cara didik isteri. Apakah suami2 di luar sana mengetahui cara yang betol untuk mendidik seorang isteri? Adakah cara didik seorang isteri itu seperti mendidik seorang anak? Baiklah, mari kita sama2 baca sedikit maklumat yang aku jumpa ini.

Ini adalah gambar hiasan sahaja

Sebelum tu, APAKAH hukum isteri yang ingkar perintah Allah dan suami?

Walaupun ditegur dan diminta berubah, isteri masih tidak berubah. Perintah Allah supaya memakai tudung tidak dipedulikan, malah isteri berpakaian seperti remaja apabila keluar rumah.

Apakah hukumnya membiarkan isteri melanggar perintah Allah walaupun diingatkan berulang kali? Adakah perceraian jalan terbaik?
Suami wajib membimbing isteri ke jalan Allah tetapi tugas membimbing bukan mudah kerana ia memerlukan kesabaran. Perceraian adalah jalan terakhir apabila semua usaha menemukan jalan buntu. Namun ia tidak seharusnya dijadikan ‘senjata’ hanya kerana isteri ingkar menutup aurat.

Memujuk adalah jalan terbaik untuk membimbing wanita kerana Rasulullah berpesan bahawa wanita itu seperti tulang rusuk yang bengkok, kekerasan hanya akan mematahkannya tetapi lurut dengan baik dan lembut.

Banyaklah berdoa dan selalu nyatakan keinginan untuk melihat isteri taat pada perintah-Nya.

Allah membuat perumpamaan sabarnya Nabi Noh dan Nabi Lut mendidik isteri bertahun-tahun lamanya tanpa gopoh untuk menceraikan mereka. - Metro

Jadi, pada suami2 di luar sana..perlulah didik isteri anda betol2 dan ikut "prosedur" Islam..InsyaAllah boleh. Tapi itu pun bergantung pada sikap dan perangai seorang suami. Ini kerana seorang suami itu merupakan ketua dalam sesebuah keluarga. Jika suami mempunyai sikap yang tidak elok, apatah lagi sikap isteri dan anak2...Itu yang biasa kita dengarlah. Hurmmm..Sama2 lah kita fikirkan.~ 

February 27, 2011

Terima Kasih SyokHost!

Assalamualaikum...malam ni aku nak kongsi pasal SyokHost.Com..Ok..al-kisahnya gini..hehehehe.. Dalam tengah2 bosan lepas layan berita hot dari petang tadi sampai la malam buta nih..aku pergi la jenguk2 yahoomail aku tuh..yela..malas nak bukak..penuh notification masuk! dermmm! hahahah..Sekali aku bukak semuanya dekat2 10k dah...grrrrrrrr...aku ingat nak delete je semua tu...tapi dengan hati aku yang baik hati nih suruh aku check satu per satu email yang masuk kat yahoomail aku nuh...aku pun check jela....klik satu per satu...tup2..ahhhh! tidakkkk!! Betol ker nih??!! hahahha..Korang nak tau ape yang jadi kat email aku?? errrrr.....email tu aku nyaris je nak delete tadi..tapi fuuuhh! nasib baik aku selamat! hahahahha....

Rupa-rupa nya email tu dari SyokHost.Com..yang mengatakan
Untuk pengetahuan anda, sistem testimonial baru sahaja diintergrasi ke dalam billing sistem kami malam tadi. Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan testimonial baru anda terhadap syarikat kami berkenaan perkhidmatan hosting yang kami tawarkan kepada anda selama ini. Testimonial anda akan diletak di bahagian testimonial syokhost.com tidak lama lagi.
Secara tidak langsung laman web anda akan dipromosikan di bahagian testimonial tesebut kepada public visitor. Selain dari itu, sebagai tanda penghargaan atas testimonial yang anda beri kami akan creditkan RM10 sebagai saguhati ke dalam account affiliate anda. Pastikan anda activate affiliate account untuk mendapat saguhati ini.


February 18, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

February 17, 2011

Hantu Perempuan Baju Merah Terkam Kamera



Hahahha..pelik semacam je hantu tu aku tgk..ape pendapat korg pasal ni? (“,)

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Salam semua blogger..hari ini aku ingin kongsikan satu cerita dengan korang..hope dapatlah kita sama2 amek pengajaran daripada cerita ini.

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Kali Pertama Dalam Dunia WordPress..

Salam semua..Ini merupakan kali pertama saya menggunakan WordPress. hahahaha..Percubaan ini dibuat atas rasa hati yang ingin mencuba dan godek ape yg hebatnya dengan WP ni. Aku  amat berharap agar langkah permulaan ini dapat menjadikan satu titik permulaan untuk aku  menjadi seorang blogger. Aku  cuba  berkongsi maklumat, ilmu dan segala apa pun perkara yang aku fikirkan sesuai untuk dibincangkan dari masa ke semasa dalam kehidupan harian kita.

Baiklah aku rasa mesti ramai yang bertanya pasal ni kan..

Banyak orang yang mencari informasi, bagaimana cara menggunakan WordPress itu? Cara yang pertama tentu saja korg  perlu mempunyai akun terlebih dahulu di WordPress dengan cara mendaftar. Cara pendaftarannya cukup mudah, hahhaa..semestinya la…
Korg hanya tinggal memasukkan data-data diri Anda seperti nama, kata sandi, alamat email, dan sebagainya. Kemudian setelah mendaftar Anda bisa melakukan posting blog dengan tulisan-tulisan yang sudah korg  buat.

February 16, 2011

Alangkah Indahnya Hidup Ini !!



February 15, 2011

Saat-Saat Kematian Rasulullah S.A.W..

Salam semua..hari ini aku ingin berkongsi lagi dengan korang mengenai Rasulullah S.A.W. sempena Maulidur Rasul..Malam ini..aku sangat sedih dan syahdu mendengar ceramah daripada Datuk Noh Gadut mengenai Rasulullah S.A.W. dalam rancangan Raudhah TV9 iaitu rancangan penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di TV9.Baiklah..berbalik pada ceramah daripada Datuk Noh Gadut tadi..aku sangat syahdu..huhu..sedih..sebak didada..walaupun sudah acap kali dibacakan saat-saat ajal Rasulullah...dan acap kali jugalah aku menangis kesyahduan...mengenangkan nasib...insan yang kerdil dan hina ini..Ya Allah...marilah kita baca sama2 sekali lagi kisahnya..

February 14, 2011

Sempena Maulidur Rasul Yang Bakal Tiba Esok

Sempena Maulidur Rasul Kali ini iaitu pada hari esok, disini saya ingin kongsikan sedikit cerita tentang keistimewaan Rasulullah S.A.W dan keistimewaan Kekasih Allah, Nabi Junjungan dan juga Manusia pilihan.

Mengenai ceritanya adalah:

Sewaktu Malaikat Jibril mendatanginya dan menyuruh Rasulullah S.A.W “bacalah dengan menyebut Nama TuhanMu”

February 12, 2011

Manusia yang aneh ditemui..

Salam sume blogger sekalian..entri kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang menarik dan pelik...tapi bila korang tengok dan perhatikan..masyaAllah...Allah itu maha Berkuasa..Maha Pencipta..mari kita lihat entri kali ini...let's see it..

1. Duit atau pun wang
Pada tahun 1930, seorang banker Rusia telah  bertemu dgn sorg petani cina dari Mancgukuo dan mengambil gmbarnya dan mengirimkan foto tersebut ke Robert Ripley dari rancangan “Believe It or Not” yg kat tv3 dlu2 tu. Dikenali sbg Wang@Weng, dia yg sbnrnya bertubuh normal tetapi mmpunyai tandunk spanjang 14  inci yg tumbuh di bkg kepalanya. Namu dia mghilangkan diri dari umum padal awal 1930an dan hilang begitu saja tanpa khabar.


Hosni Mubarak letak Jawatan!

Hosni Mubarak telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kerusi presiden Mesir. Kuasa akan diambil alih oleh dewan tentera. Elok jugak la tuh kan....tapi xtau la..sama ada perkara ini benar atau tidak...jangan jadi bahan spekulasi sudah...atau pun Hosni Mubarak ni ada plan sendirinya jugak atas sebab dan musabab beliau utk meletakan jawatan beliau sbg Presiden Mesir..

February 11, 2011

Khutbah Jumaat Hari Ini - Valentine Day's Haram!

Assalamualaikum semua blogger sekalian..hari ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang Hari Valentine Day yang telah didengari dari khutbah Jumaat hari ini. Ok lah..sebelum tu..saya ingin tanya anda semua, betul2 ker ia kasih sayang belaka?? Ini adalah ringkasan khutbah Jumaat yang telah diringkaskan.

Bismillahirahmanirrahim...
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am:116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun

February 10, 2011

Mengenali dan Mengetahui Siapa Pencipta Seluruh Alam ini..

Kita perlu tahu apa yang kita sepatutnya tahu dalam fikiran dan dalam hati kita ini. Kita wajib mengetahui
sifat-sifat Allah. Iaitu sifat yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Ya..saya tahu..ramai yang telah tahu dan mengenalnya..tapi kita kadang2 lupa perkara2 seperti ini. Malah ada yang lalai..jika dulu2 , masa kecil kita semua belajar sifat2 Allah ini disekolah agama rakyat atau pun sekolah biasa. Tapi bila meningkat semakin dewasa kita semakin lupa tentang ini. Hari ini saya ingin kongsikan dan ingatkan kembali Sifat2 Allah. Sifat-sifat Allah adalah:-

Mari kita imbas kembali Kisah Nabi Nuh membuat kapal..

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu. Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dapat bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang

February 9, 2011

Seorang sahabat bertemu Malaikat..Betol ker?

Assalamualaikum semua, hari saya ingin kongsikan satu cerita bersama anda semua..kisah ini mengenai seorang sahabat bertemu malaikat..tetapi dia tertanya2 adakah itu malaikat atau pun tidak..mari saya kongsikan bersama.

Suatu hari, ada sahabat ini..dia bekerja sementara di sebuah syarikat pembinaan laman web. Ianya merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan oleh kaum Cina. Dia seorang  lelaki yang masih muda lagi..umurnya lebih kurang dalam linkungan 20-an.

Kebiasaan hari2 bekerjanya dia sering mengantuk dan rasa ingin tidur saja bila waktu pejabat. Tetapi pada hari tersebut dia sering melakukan pelbagai pencarian untuk pembinaan laman web pelanggannya.  Dia  amat khusyuk mengendalikan tugasnya sampai orang lain panggil pun xsedar. Dalam pemikiran beliau, aku nak buat website yang boleh mendatangkan rezeki aku sikit. "InsyaAllah aku boleh buat", benak dalam pemikiran beliau. Selepas itu, beliau bertungkus lumus mencari idea dan cuba mencari cara2 untuk membuat website yang boleh dijadikan sumber pencarian rezeki sementara beliau.

February 5, 2011

Hubungan Suami Isteri Yang Solehah

Salam semua Blogger...ari ni aku nk share something yang aku jumpa..belek2 punya google aku terjumpa satu artikel yang menarik...memang menusuk jiwa..kisah entri ni dah lama dah..tapi xsalahkan kita kongsikan sama2 kn..kisahnya mengenai antara suami isteri iaitu Ahmad dan Zulaikha. Mereka telah diijab kabulkan pada hari perkahwinan mereka tersebut. ermmm..xperlu la aku nak panjang lebar sinopsis apa yang aku baca ni kan..[padahal malas nak menaip..hehehe..] meh sume aku tunjukkan cerita tu..baca dibawah kisah dan cerita mengenai kehidupan Ahmad dan Zulaikha ini :

Alhamdulillah…
Itulah lafaz yang dilafazkan oleh tok kadi setelah selesai mengijabkabulkan pasangan Ahmad dan Zulaikha.

Hari-hari yang dilalui oleh Ahmad dan Zulaikha berjalan seperti biasa.Mungkin ada kelainan pada Zulaikha . Setelah bergelar isteri , segala tugas dan urusan rumah terpaksa dilakukannya sendiri .

February 4, 2011

Ini lah Hosni Mubarak..

Salam semua blogger..bercakap tentang revolusi mesir ini, siapa yang menjadi punca utamanya? Siapa lagi kalau bukan disebabkan oleh Presiden Mesir sendiri, Hosni Mubarak. Di sini aku nak kongsi serba sedikit daripada apa yang aku baca di internet.



Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak lahir 4 Mei 1928 merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau

February 3, 2011

Pesawat pertama akan tiba di KLIA esok pagi.

Pesawat pertama dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi esok. 
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Beliau berkata, satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi.
Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

February 2, 2011

3 pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini (TERKINI!)

Tadi aku tengok berita terkini TV3
dan mengatakan, tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini

Sami Yusuf - Supplication



Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.


Korg dgr la baik2 lagu ni..ttbe je ati ni sebak d'dada..menusuk dalam plak tu..huhuhu..betapa Maha Berkuasanya Kuasa Allah itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat