February 14, 2011

Sempena Maulidur Rasul Yang Bakal Tiba Esok

Sempena Maulidur Rasul Kali ini iaitu pada hari esok, disini saya ingin kongsikan sedikit cerita tentang keistimewaan Rasulullah S.A.W dan keistimewaan Kekasih Allah, Nabi Junjungan dan juga Manusia pilihan.

Mengenai ceritanya adalah:

Sewaktu Malaikat Jibril mendatanginya dan menyuruh Rasulullah S.A.W “bacalah dengan menyebut Nama TuhanMu”

Sehingga diketahui umat manusia bahawa Nabi adalah seorang Rasul, Rasulullah S.A.W di caci, di lontarkan batu.. namun, Rasulullah tahu bahawa Sebagai seorang Nabi akan melalui semua ujian itu dan memerlukan kesabaran dan kecekalan dalam memperjuangkan serta menaikkan martabat agama Islam..
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."  Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

5 perkara daripada Allah kepada Rasul:
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak      menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada Aku sebab tempat kembalimu adalah kepada Aku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

13 Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali Abu Talib:

Ibnu Abbas meriwatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku”.

“Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal’un).

Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Luth.

Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: “Rabbi fighli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta” (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman: “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku mengampuni dia”.

Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (beroleh berkat) dan kizb (dusta) itu celaka.

Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya, orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki untuk engkau setiap hari

Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan bersupah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu awalnya jahil dan akhirnya penyesalan.

Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil gigi). Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu disenangi malaikat kerana malaikat tidak senang tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah dan berfikirlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah”
Dengan secara ringkasnya wasiat Rasulullah pada Saidina Ali R.A adalah:
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Marilah kawan2 kita menyambut Maulidur Rasul...dan Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W sempena MaulidurRasul...Salam Maulidur Rasul dari saya.. :)

4 comments:

Din said...

Info yg bergune... :)

akufakhrul said...

ismikhair: insyallah..moga2 ore kampong kito sumo bleh manfaat bersme..:)

ismikhair said...

ahahaa... tu masuk tuuu...

akufakhrul said...

masuk rano boh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat