February 4, 2011

Ini lah Hosni Mubarak..

Salam semua blogger..bercakap tentang revolusi mesir ini, siapa yang menjadi punca utamanya? Siapa lagi kalau bukan disebabkan oleh Presiden Mesir sendiri, Hosni Mubarak. Di sini aku nak kongsi serba sedikit daripada apa yang aku baca di internet.



Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak lahir 4 Mei 1928 merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau
menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009).
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.
Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama’ al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama’ al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.

Fakta lain tentang Hosni Mubarak:
  • Mubarak, 82 tahun, mengambil alih pemerintahan setelah kelompok radikal Islam menembak mati presiden sebelumnya, Anwar Sadat, pada tahun 1981. Komando angkatan udara ini sebaliknya “tahan lebih lama” memerintah daripada yang dibayangkan pada ketika itu.
  • Mubarak dikenali sebagai seorang yang giat melakukan reformasi ekonomi yang dipimpin oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tetapi dia menutup rapat pintu pembangkang untuk berpolitik.
  • Dia telah menolak perubahan politik yang signifikan, bahkan di bawah tekanan Amerika Syarikat, yang telah menyogokkan berjuta-juta dolar bantuan ketenteraan dan lainnya ke Mesir kerana menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979.
  • Mubarak memenangi pemilihan pertama multi-capres tahun 2005 meskipun keputusannya sudah dijangkakan. Kelompok hak asasi manusia dan penganalisis mengatakan pemilihan itu penuh dengan penyimpangan dan penyelewengan.
  • Mubarak tidak menyatakan apakah dia akan terus memerintah untuk penggal keenam  pada tahun 2011. Para penjawat kerajaan telah meramalkan bahawa dia mungkin akan terus memerintah, walaupun persoalan tentang kesihatannya dibangkitkan setelah melakukan pembedahan di Jerman Mac tahun lalu. Rakyat membaca dia bakal menyerahkan kekuasaan kepada anaknya, Gamal, yang kini berusia 47 tahun. Namun baik Mubarak mahupun Gamal menyangkal dakwaan itu.
  • Gamal, tidak seperti ayahnya dan presiden Mesir lainnya, tidak memiliki latar belakang ketenteraan. Para pemerhati politik mengatakan bahawa adalah lebih sukar bagi Gamal untuk naik sebagai presiden.
  • Mubarak merupakan seorang penyokong kuat Israel dan Amerika. Beliau menghalang pelarian Palestin untuk melalui wilayah Mesir.
  • Beliau juga antara orang yang membangkang keputusan Amerika untuk berundur daripada Iraq.
Dipetik daripada amirulez dan BillyInfo
P/S : Hosni Mubarak adalah seorang yahudi. bukan seorang islam. Maklumat ni aku xberapa pasti sangat sebab mula2 aku ada terbaca jewish.. Aku search lagi, ada yang mengatakan beliau adalah agama Islam.

4 comments:

Kaymama said...

tengok muka dia dah menyampah..opps..Ada sumber aku baca puak yg pro dia semasa rusuhan skrg dibyar $10.. itu yg buat keadaan makin kecoh bila ada yg anti dan yg pro berbalah...

akufakhrul said...

errr...yeker? bak cni link dy..

Amirul Nizam said...

haha.. satu lagi.. die memang islam.. ada maklumat yang bagi salah..

akufakhrul said...

aaaa? yeker? mn link nya? usha2 ckit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat