February 1, 2011

Ya Allah Ya TuhanKU..Selamatkanlah Semua Pelajar2 Di Mesir

Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin :

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu
Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak puashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak , tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.
Bekalan elektrik  dan internet juga telah dipotong.  Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing.  Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.


Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com:

Ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar
ni update dari adik saya..keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..so dia orang  hidup dalam kegelapan…then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
* saya cuba edit sms ini supaya mudah dibaca



Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.

Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita  secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.

Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.
Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir .
  1. Anda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )
  2. Mohon untuk tweet post ini

2 comments:

Kujie said...

terimakasih kerana berkongsi - semoga semuanya dilindungi Allah

Fakhrul said...

Sme2...insyallah..sy hnye berkongsikan n cuba berkongsi ilmu yg spttnya ngn sume hamba Allah..smoga sumenya slamat..sy berhrp sume saudara2 kte yg berada disana pulang dgn selamat..amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to RangkaianIslam.Com
Design with love by CikBulat