June 27, 2009
Kelebihan Berpuasa dibulan Rejab
1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan
kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan
Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan
Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari
dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia
ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada
bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH
SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas
Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan
mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala
Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap
hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu
darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti
ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan
bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh
mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali
atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 'Telah wajib
hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu,
tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau
kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah
kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab (Hari Ahad 12 Sep '04) seperti berpuasa enam puluh
bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Labels:
Keagamaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment